Berita

 

Kursus Pra Perkahwinan Siri 3/ 2024

Disiarkan pada 30 May 2024
Sumber Berita: Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah


Kursus Pra Perkahwinan Siri 3/ 2024 anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah telah diadakan pada Rabu dan Khamis, 29 hingga 30 Mei 2024 bertempat di Dewan Persidangan Tingkat 1, Menara Pehin Setiaraja, Mukah.
 


Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi pengetahuan tentang alam berumahtangga dan institusi kekeluargaan kepada bakal suami dan isteri sebelum menempuh alam perkahwinan.



Seramai 67 peserta yang menyertai kursus ini terdiri daripada 31 lelaki dan 36 perempuan. Di antara agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan kursus ini terdiri daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah, Tabung Baitulmal Sarawak Bahagian Mukah dan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Bahagian Mukah.


image Undian
image Pengumuman