News

 

Sesi Libat Urus Pelantikan Calon-Calon Panel Akidah Siri 2.0

Posted on 06 Jun 2024
Source of News: Bahagian Kemajuan Saudara Kita


Sesi Libat Urus Pelantikan Calon-Calon Panel Akidah Siri 2.0 anjuran Bahagian Kemajuan Saudara Kita (BKSK) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Miri telah diadakan pada Khamis, 6 Jun 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Agama Islam Bahagian Miri, Sarawak.



Seramai 15 orang calon panel akidah baru dalam kalangan penjawat awam, NGO dan pesara telah terlibat dalam sesi ini.



Objektif utama sesi ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal tentang peranan serta fungsi utama panel akidah dan seterusnya memantapkan lagi kredibiliti dan kemahiran para panel yang akan dilantik kelak.


image Undian
image Pengumuman