News

 

Kursus Pemantapan Kemahiran Perundingcara Perkahwinan Jabatan Agama Islam Sarawak

Posted on 01 Jul 2024
Source of News: Pembangunan Psikologi & Kauseling Syarie


Kursus Pemantapan Kemahiran Perundingcara Perkahwinan Jabatan Agama Islam Sarawak anjuran Bahagian Pembangunan Psikologi & Kaunseling Syarie telah diadakan pada Rabu hingga Jumaat, 26 - 28 Jun 2024 bertempat di Sadong Room 1, Hotel Grand Margherita, Kuching. 



Antara objektif kursus ini diadakan adalah: 
- Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam menjalankan tugas sebagai Perundingcara perkahwinan di Jabatan.
- Mendedahkan perundingcara tentang isu-isu perkahwinan pada masakini.
- Membekalkan perundingcara Pendekatan Berpusatkan Penyelesaian Masalah (Brief Solution Focused Approach), satu pendekatan berfokus yang dapat digunapakai dalam sesi rundingcara perkahwinan atau umum.
- Menerangkan tentang cabaran yang dihadapi oleh perundincara dan cara menanganinya dengan berkesan.


Majlis Penutupan Kursus ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, Jabatan Agama Islam Sarawak, Ustaz Abang Borhanuddin bin Hj. Abg. Ahmad Masuine. Beliau juga menyampaikan sijil pelantikan sebagai perundingcara perkahwinan kepada 30 perundingcara yang hadir sepanjang kursus ini.


image Undian
image Pengumuman