PERBINCANGAN MEJA BULAT PENGURUSAN MODUL ISTITABAH DAN SAUDARA KITA
Posted on 06 Jan 2025
Source of News: Bahagian Kemajuan Saudara Kita

Perbincangan Meja Bulat Pengurusan Modul Istitabah dan Saudara Kita anjuran Bahagian Kemajuan Saudara Kita (BKSK) dengan kerjasama Pejabat Peguam Negeri Sarawa (SAG) telah diadakan pada Isnin, 6 Januari 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 13, Jabatan Agama Islam Sarawak.

Antara objektif ini diadakan bertujuan untuk membincangkan lebih lanjut cadangan untuk penyelarasan gerak kerja kolaboratif daripada kedua-dua belah pihak. Seterusnya meneliti semula isu-isu berbangkit mengenai pengurusan dan kebajikan Saudara Kita

Mengeratkan jalinan dan hubungan kerjasama pihak JAIS, SAG, badan-badan berkanun dan NGO dalam kemaslahatan masyarakat khususnya Saudara Kita