News

 

FORUM PENCEGAHAN JENAYAH SYARIAH

Posted on 07 Jan 2025
Source of News: Bahagian Pendakwaan Syariah, JAIS
Forum Pencegahan Jenayah Syariah yang dianjurkan oleh Bahagian Pendakwaan Syariah, Jabatan Agama Islam Sarawak dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Januari 2025, selepas solat Maghrib bertempat di Masjid Al-Amin, Taman Sri Jaya, Sri Aman.



Forum ini bertujuan untuk memberikan pencerahan mengenai pencegahan jenayah dalam konteks syariah, serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya menjaga tatasusila dan akhlak mengikut panduan Islam. Ia turut memberikan platform untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan perlaksanaan undang-undang syariah dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jenayah daripada berlaku dalam masyarakat.



Forum ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat, dan ahli panel yang terlibat terdiri daripada tokoh-tokoh berwibawa dalam bidang agama dan syariah. Panelis pertama, Tuan Ahmad Rithauddeen Bin Haji Rabaiee, Ketua Pendakwa Syarie, memberikan pencerahan mendalam mengenai peranan pendakwaan syariah dalam mencegah jenayah dan menguatkuasakan undang-undang Islam. Sementara itu, Ustaz Haji Mohd Isselahuddin Bin Kameri, Pegawai Agama Islam Bahagian Betong, berkongsi pandangan mengenai pendekatan pencegahan jenayah dalam konteks pendidikan agama dan penghayatan cara hidup Islam.



Moderator forum, Ustaz Zulkiffle bin Haji Abas, yang juga bertugas di Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman, berjaya mengemudi perbincangan dengan bijaksana, membimbing sesi soal jawab dan interaksi dengan para hadirin yang turut memberi maklum balas positif mengenai isu yang dibincangkan.


image Undian
image Pengumuman