News

 

Kayuhan Harmoni Mesra Ummah Kampung Sebat Baru, Sematan

Posted on 25 Feb 2023
Source of News: Unit Komunikasi Korporat, JAIS
Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Tuan Haji Khalidi bin Haji Ibrahim hari ini menghadiri dan mengetuai Program Kayuhan Harmoni Mesra Ummah (KHMU) siri ke 14 sempena Sambutan Jubli Mutiara bertempat di Masjid Darul Sahadah, Kampung Sebat Baru, Sematan.
 
Program KHMU anjuran unit Komunikasi Korporat, JAIS telah bermula seawal hari Jumaat, 24 Februari 2023 dengan aktiviti ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Yakub bin Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Kuching bertempat di Masjid Nurul Naim, Kampung Telok Melano, Sematan dan ceramah agama turut juga diadakan di Masjid Darul Shahadah, Kampung Sebat Baru, Sematan yang disampaikan oleh Ustaz Dzulhadzri bin Japar Shedik, Pegawai Agama Islam Bahagian Bintulu.
 


Seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan JAIS dan JAKIM Sarawak telah hadir dalam Program Kayuhan Harmoni Mesra Ummah ini. Pengarah JAKIM Sarawak, Ustaz Hamdan bin Jar’ee turut bersama-sama hadir dalam program ini.

Acara Program KHMU ini dimulakan dengan penyampaian Sumbangan Khas Masjid sebanyak RM 4,000.00 dan sumbangan kepada 8 penerima yang terdiri daripada warga emas dan penduduk miskin yang tinggal di sekitar Kampung Sebat Baru. Seterusnya acara kayuhan bermula sepanjang 33 kilometer dari Kampung Sebat Baru ke Kampung Telok Melano, Sematan.



Secara intihanya, Program KHMU Jubli Mutiara JAIS tersebut berjaya dilaksanakan dengan jitu dan lancar. Program ini juga bertujuan mempromosikan nilai Islam dan perpaduan serta keharmonian antara Jabatan Agama Islam Sarawak dengan penduduk kampung serta pihak pengurusan masjid. Ini juga merupakan benchmark kepada Dakwah Islamiah dan juga pemulaan kepada program yang berbentuk sihat dan cedas sekaligus dapat memberi manfaat dan perkhidmatan yang terbaik kepada umat Islam terutamanya masyarakat Islam di Sarawak.
 
 

 

 
 

 


Undian
Pengumuman