picture

News

 

Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak 1444H/ 2023M

Posted on 07 Apr 2023
Source of News: Unit Komunikasi Korporat, JAIS


Majlis Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan pada 7 April 2023 di Masjid Darul Ma’amur Lawas dengan bertemakan ‘Sarawak Maju Makmur’ pada  pukul 5.30 petang. Seramai 2,500 orang terdiri daripada penduduk di sekitar Lawas menghadiri majlis tersebut. 


Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang turut hadir memeriahkan majlis itu.


Antara acara-acara iringan yang diadakan adalah seperti Ceramah Ramadan, Bicara Ramadan, Pameran Al-Quran, Ihya Ramadan Perdana Borneo dan Bicara Ramadan ‘Masyarakat Madani’.

 


picture Undian
picture Pengumuman