News

 

LAWATAN BENCHMARK BAGI PERSEDIAAN ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTI-RASUAH (AIGA 2023) JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK

Posted on 30 May 2023
Source of News: Unit Komunikasi Korporat, JAIS

Unit Integriti, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah mengadakan Lawatan Benchmark bagi Persediaan Anugerah Intergriti, Governans dan Anti-Rasuah (AIGA 2023) pada 25 hingga 27 Mei 2023 (Sabtu hingga Ahad) bertempat di Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai 18 orang telah hadir mengikuti rombongan tersebut diketuai Ustaz Haji Khalidi bin Haji Ibrahim, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak bersama-sama Pegawai – Pegawai Kanan, serta Sekretariat Pengurusan yang terlibat dengan pengauditan AIGA di Jabatan.



Tujuan lawatan ini diadakan adalah membuat persediaan bagi penilaian AIGA 2023, menimba ilmu dan pengalaman penerima Anugerah Platinum dan Emas AIGA 2022, mengadaptasi budaya kerja berintegriti dari organisasi luar, membina rangkaian kerjasama diantara organisasi yang berteraskan integriti dan anti rasuah serta menimba ilmu dan pengalaman luas dalam menjalankan fungsi-fungsi Integriti.



Sepanjang tiga (3) hari berlangsung, JAIS telah melawat sebanyak empat (4) buah agensi yang terdiri daripada Institut Integriti Malaysia (IIM), Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Putrajaya, BPIA, Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya serta PADIBERAS Nasional Berhad (BERNAS), Shah Alam.



Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA 2023) adalah merupakan satu anugerah bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif anti rasuah dalam organisasi di peringkat Kebangsaan. Semoga lawatan penanda aras ini menjadi pemangkin kepada JAIS untuk melahirkan kakitangan yang berintegriti seterusnya menjadi ikon kepada jabatan-jabatan lain di Sarawak.
 


image Undian
image Pengumuman