Kursus Induksi Jawatankuasa Pengurusan Masjid/Surau Bahagian Betong Tahun 2023 anjuran Bahagian Kemajuan Institusi Masjid, Ibu Pejabat dengan kerjasama Unit Masjid Pejabat Agama Islam Bahagian Betong telah diadakan pada Rabu, 7 Oktober 2023 bertempat di Dewan Masjid Beladin Al Amin. Kursus ini dihadiri seramai 100 orang mewakili jawatankuasa masjid dan surau masing-masing di seluruh Bahagian Betong.
Antara objektif ini diadakan adalah bertujuan memberi penerangan berkaitan pengurusan masjid dan surau dengan lebih berkesan serta merungkai isu, permasalahan dan kaedah penyelesaian berkaitan pengurusan masjid/surau dengan lebih jelas. Selain itu juga kursus ini juga menerapkan unsur integriti dalam pengurusan jawatankuasa masjid/surau.