Taklimat Penulisan Buku RPH Guru KAFA Bahagian Sibu
Posted on 28 May 2024
Source of News: Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu
Taklimat Penulisan Buku RPH Guru Kafa Bahagian Sibu telah diadakan pada 20, 21, 23 dan 24 Mei bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu. Seramai 107 orang peserta yang terdiri dari kalangan Guru Kafa yang hadir dalam taklimat tersebut. Taklimat ini disampaikan oleh Ustaz Muhd Riza, Jurulatih Daerah (JD) Penulisan Buku merangkap Guru KAFA Sibu.
Taklimat diadakan bertujuan Memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran penulisan buku rancangan pengajaran harian (RPH) guru mengikut format baru yg ditetapkan JAKIM serta melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) sekaligus mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Kerajaan Negeri Sarawak memperkenalkan JobSarawak sebagai platform sehenti bagi menghubungkan pencari kerja dan majikan di seluruh negeri.
Portal ini menyediakan pelbagai peluang pekerjaan merangkumi pelbagai sektor seperti pentadbiran, teknologi, industri dan lain-lain. Selain itu, JobSarawak turut menyokong pembangunan kerjaya dan keperluan tenaga kerja bagi memperkukuh ekonomi Sarawak.
Orang awam adalah digalakkan untuk mendaftar dan meneroka peluang kerjaya melalui pautan berikut: https://job.sarawak.gov.my/