SAFARI RAMADHAN PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK
Posted on 24 Feb 2026
Source of News: Bahagian Dakwah
24 Februari 2026 I Khamis
Sahibus Siyadah Ustaz Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah menyempurnakan Safari Ramadan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Siri 2 bertempat di Masjid Darul Iman, Kampung Gumpey, Gedong, Samarahan bersempena dengan Program Dhiya’ Ramadan Jabatan Agama Islam Sarawak Tahun 1447H/ 2026M, anjuran kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak, Pejabat Majlis Islam Sarawak dan Pejabat Agama Islam Bahagian Samarahan.

Penganjuran program ini bertujuan untuk meraikan bulan Ramadan bersama komuniti setempat, mengenal pasti keperluan fasiliti surau, serta mengeratkan ukhuwah antara agensi dan masyarakat. Pengisian program merangkumi sesi Tazkirah Khas Ramadan, jamuan berbuka puasa, solat fardu berjemaah, dan solat sunat Tarawih.
Bagi meringankan beban golongan sasar dan merancakkan lagi aktiviti pengimarahan masjid, penyampaian sumbangan turut disempurnakan pada majlis tersebut:
Sumbangan Majlis Islam Sarawak:
• Tunai dan Kotak Makanan kepada 30 penerima kurang berkemampuan.
• Tunai dan Peralatan Sekolah kepada 50 pelajar kurang berkemampuan.
• Mesin pembersih vakum kepada Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Iman, Kampung Gumpey.
Sumbangan Jabatan Agama Islam Sarawak:
• Dana Pengimarahan Masjid berjumlah RM3,000.00.
Semoga inisiatif ini membawa keberkatan dan manfaat yang berpanjangan kepada seluruh kariah Kampung Gumpey.