SAFARI RAMADHAN PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK SIRI I
Disiarkan pada 20 Feb 2026
Sumber Berita: Bahagian Dakwah
Betong I 20 Februari 2026
Jabatan Agama Islam Sarawak dengan kerjasama Pejabat Majlis Islam Sarawak dan Pejabat Agama Islam Bahagian Betong telah mengadakan Safari Ramadan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Siri 1 bertempat di Surau An-Nur, Kampung Sungai Durian, Semarang, Betong bersempena dengan Program Dhiya’ Ramadan Jabatan Agama Islam Sarawak Tahun 1447H/ 2026M.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Sahibus Siyadah Tuan Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak merangkap Setiausaha Majlis Islam Sarawak. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Pusa, Tuan Hamdan bin Haji Katang. Penganjuran program ini bertujuan untuk meraikan bulan Ramadan bersama komuniti setempat, mengenal pasti keperluan fasiliti surau, serta mengeratkan ukhuwah antara agensi dan masyarakat.

Pengisian program merangkumi sesi Tazkirah Khas Ramadan, jamuan berbuka puasa, solat fardu berjemaah, dan solat sunat Tarawih. Bagi meringankan beban golongan sasar dan merancakkan lagi aktiviti pengimarahan masjid, penyampaian sumbangan turut disempurnakan pada majlis tersebut:
Sumbangan Majlis Islam Sarawak:
• Tunai dan Kotak Makanan kepada 40 penerima kurang berkemampuan.
• Tunai dan Peralatan Sekolah kepada 40 pelajar kurang berkemampuan.
• Mesin pembersih vakum kepada Jawatankuasa Pengurusan Surau An-Nur.
Sumbangan Jabatan Agama Islam Sarawak:
• Dana Pengimarahan Masjid berjumlah RM3,000.00.
Semoga inisiatif ini membawa keberkatan dan manfaat yang berpanjangan kepada seluruh kariah Kampung Sungai Durian.