Kuching I 25 Februari 2026
Bahagian Kaunseling Syarie & Pembangunan Psikologi, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah berjaya menganjurkan Program Sembang Kaunseling (Online) Siri 1 yang memfokuskan kepada kepentingan pengurusan emosi dalam kalangan masyarakat. Program yang berlangsung menerusi aplikasi Zoom Meeting ini telah menarik penyertaan seramai 100 orang peserta, merangkumi kakitangan sektor awam, swasta, serta orang awam dari pelbagai latar belakang.
Sesi perkongsian ilmu kali ini telah disampaikan oleh Puan Sarah Hamizah binti Zainal Abidin, Pengasas dan Kaunselor Utama daripada Syoknya Kaunseling. Beliau mengupas tajuk kritikal iaitu "Kesihatan Mental: Pengurusan Emosi Dalam Perkahwinan Dan Hubungan Sosial."
Antara objektif utama penganjuran program ini termasuklah:
- Meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan kesihatan mental dan pengurusan emosi.
-
Memberi kefahaman mendalam mengenai cabaran emosi yang sering menjadi punca konflik dalam hubungan perkahwinan dan sosial.
-
Memperkasa kemahiran peserta dalam mengimbangi hubungan sosial demi menjamin kesejahteraan mental yang mampan
Melalui pengisian ini, peserta didedahkan dengan teknik pengurusan stres dan komunikasi berkesan bagi mengelakkan konflik yang berpanjangan. Usaha berterusan daripada pihak JAIS ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam membina institusi keluarga dan masyarakat yang lebih harmoni di Sarawak.