MAJLIS KESYUKURAN AIDILFITRI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM PERSENDIRIAN (IPIP) DI AKADEMI TAHFIZ HIDAYATUL QURAN ANNUR SIBU
Posted on 16 Apr 2026
Source of News: Bahagian Pengukuhan Pendidikan Islam
Sibu I 16 April 2026
Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) melalui Bahagian Pengukuhan Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Kesyukuran Aidilfitri Institusi Pendidikan Islam (IPIP) bertempat di Akademi Tahfiz Hidayatul Quran Annur, Sibu. Majlis dihadiri oleh YBrs. Ustaz Haji Wan Shaifuddin bin Haji Wan Madihi, Timbalan Pengarah (Operasi) mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak.

Program ini diadakan bagi memperkukuh hubungan baik antara JAIS dan pihak pentadbir pusat tahfiz bersama para pelajar, ibu bapa dan ahli kariah.

Selain itu, JAIS turut mewar-warkan beberapa maklumat penting mengenai pelaksanaan Pelan Transformasi IPIP melalui Pelan Strategik JAIS 2024-2028 dan beberapa bentuk bantuan yang boleh dimohon oleh pihak madrasah kepada Tabung Baitulmal Sarawak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran hampir 50 orang dari kalangan para pemimpin masyarakat setempat, ahli lembaga pengelola dan pelajar-pelajar.