Sibu I 14 April 2026
IBU, 14 April 2026 - Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Sarawak dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu telah berjaya menganjurkan Bengkel Malaysian Halal Management System (MHMS 2020) Zon Tengah Siri 1 di Dewan Kompleks Islam Sarawak, Sibu dengan penyertaan seramai 105 peserta terdiri daripada pemain industri halal. Penceramah jemputan adalah dari Uniti Halal Centre (UHAC).
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman berkaitan keperluan MHMS 2020, khususnya dari aspek dokumentasi, pelaksanaan dan pematuhan standard halal. Program turut merangkumi sesi ceramah, latihan amali serta perbincangan penyelesaian secara praktikal bagi membantu peserta melaksanakan sistem pengurusan halal secara lebih sistematik dan berkesan.
Diharapkan penganjuran bengkel ini dapat memperkukuh tahap pematuhan halal dalam kalangan industri serta menyokong pembangunan ekosistem halal di Sarawak.
