SESI LIBAT URUS BERKENAAN PERMIT MENGAJAR PENDIDIK MASYARAKAT TABIKA PRA TAHFIZ KEMAS SARAWAK
Disiarkan pada 23 Apr 2026
Sumber Berita: Bahagian Pengukuhan Pendidikan Islam
Kuching I 22 April 2026
Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah menerima kunjungan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang diketuai oleh Yang Berusaha Encik Taufik bin Mohd Yusop, Pengarah KEMAS Sarawak bagi mengadakan sesi libat urus berkenaan permit mengajar bagi Pendidik Mesyarakat Tabika Pra Tahfiz KEMAS di Sarawak.

Taklimat mengenai pelaksanaan program Pra Tahfiz Tabika KEMAS di seluruh Sarawak disampaikan oleh Puan Roselund Wilson Laing, Timbalan Pengarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, KEMAS Sarawak. Dalam sesi ini pihak KEMAS turur dimaklumkan mengenai prosedur permohonan tauliah mengajar ahama yang diuruskan oleh JAIS seperti Tauliah Mengajar Agama (UMUM), Tauliah Mengajar Guru Agama Islam Warga Asing (GAIWA) & Permi Mengajar Guru Institusi Pendidikan Islam.

JAIS mengalu-alukan pelaksanaan program pra tahfiz ini yang akan memberi impak positif terhadap perkembangan proses pendidikan awal kanak-kanak muslim di Sarawak. Selain itu, JAIS turut menjelaskan berkenaan kewajipan guru/ pendidik yang mengajar subjek agama Islam atau Bahasa Arab di sesebuah institusi pendidikan di Sarawak untuk mendapatkan permit mengajar bagi membolehkan mereka mengajar subjek tesebut dengan kebenaran Majlis Islam Sarawak.

Sesi libat urus tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Ustaz Abg Borhanuddin bin Abg Ahmad Masuine, Timbalan Pengarah (Dasar) mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak.