MAJLIS PENGHARGAAN DAN SILATURAHIM MAJLIS ISLAM SARAWAK

Posted on 27 Apr 2026
Source of News: Bahagian Komunikasi Korporat

SERIAN I 27 APRIL 2026

Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Sahibus Siyadah Ustaz Haji Mual bin Haji Suaud telah menghadiri Majlis Penghargaan dan Silaturahim Majlis Islam Sarawak yang berlangsung di Dewan Panggah, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian. Majlis tersebut diadakan bagi menghargai sumbangan serta komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Sarawak Kali Ke-65 bagi tahun 1447H/2026M yang telah berlangsung Februari lepas.



Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, Yang Berhormat John Ilus; Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Yang Berbahagia Datuk Haji Misnu bin Haji Taha; Residen Bahagian Serian, Yang Berbahagia Puan Caroline Cleophas Joseph; serta Pengerusi Majlis Daerah Serian, Yang Berbahagia Dato Peter Minos. Majlis ini turut menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi kerajaan, jawatankuasa pelaksana serta komuniti setempat yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penganjuran program tersebut.



image UNDIAN
image PENGUMUMAN