BENGKEL PENGGUBALAN MODUL USRAH NUQABA MUALLAF SIRI 2/ 2026

Posted on 24 Apr 2026
Source of News: Bahagian Kemajuan Saudara Kita
KUCHING I 24 APRIL 2026

Bahagian Kemajuan Saudara Kita telah menganjurkan Bengkel Penggubalan Modul Usrah Nuqaba Muallaf Siri 2/ 2026 pada 22 hingga 24 April 2026 bertempat di Grand Margherita Hotel, Kuching.



Fasilitator bagi bengkel ini adalah Yang Berbahagia Tuan Zamri bin Mohamad, Pegawai Tadbir (Komunikasi) dan dihadiri oleh 20 orang kakitangan Jabatan Agama Islam Sarawak.



Bengkel ini diadakan bagi menyelaraskan penggunaan modul usrah supaya hala tuju tarbiyah lebih tersusun dan konsisten sekaligus mengasah kemahiran komunikasi interaksi naqib dalam mengendalikan dan menangani ahli usrah.



 


image UNDIAN
image PENGUMUMAN