BENGKEL PEMURNIAN GARIS PANDUAN PENYELIDIKAN MAJLIS ISLAM SARAWAK 2026

Disiarkan pada 26 Apr 2026
Sumber Berita: Bahagian Perancangan & Penyelidikan

KUCHING I 26 APRIL 2026

Bengkel Pemurnian Garis Panduan Penyelidikan Majlis Islam Sarawak anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak melalui Bahagian Perancangan & Penyelidikan telah berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 April 2026 di Grand Margherita Hotel.



Pada hari pertama, program dimulakan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Penyelidikan Majlis Islam Sarawak Kali Ke-3 Bilangan 1/2026 yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Jamil bin Haji Hamali. Mesyuarat tersebut memberi fokus kepada hala tuju serta pengukuhan aspek penyelidikan dalam institusi berkenaan.



Memasuki hari kedua, para peserta bengkel meneliti dan menilai semula kandungan Garis Panduan Penyelidikan sedia ada. Perbincangan turut melibatkan penentuan tajuk kajian yang relevan berdasarkan enam bidang di bawah PSPU, selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan penyelidikan Islam di Sarawak.



Bengkel diteruskan pada hari ketiga sebelum diakhiri dengan Majlis Penangguhan yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Sahibus Siyadah Tuan Haji Mual bin Haji Suaud.Penganjuran bengkel ini diharap dapat memperkukuh garis panduan penyelidikan serta meningkatkan kualiti penyelidikan Islam pada masa hadapan.



image UNDIAN
image PENGUMUMAN