MUQABALAH DAKWAH PERTAMA (SUKU TAHUN 2026)

Disiarkan pada 27 Apr 2026
Sumber Berita: Bahagian Dakwah

KUCHING I 27 APRIL 2026
 

Sahibus Siyadah Tuan Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah hadir bagi menjayakan Muqabalah Dakwah Pertama (Suku Tahun 2026) yang berlangsung di Aras 10, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching. 



Program strategik ini merupakan platform utama bagi membincangkan penambahbaikan urus tadbir dakwah, bertujuan untuk memastikan pendekatan dakwah sentiasa relevan dan mesra masyarakat pelbagai latar belakang, di samping menggalakkan inovasi berteraskan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.



Suasana diserikan dengan pelancaran bahan 'Quick Notes Dakwah' serta penyampaian holder dan brosur Mengenali Islam kepada wakil-wakil bahagian, memberikan alat bantu yang praktikal untuk kerja-kerja dakwah harian.




Kemuncak program menyaksikan sesi 'Open-Mic' perbincangan solusi yang membolehkan para petugas berkongsi pengalaman dan cadangan secara terbuka. Sesi yang berlangsung sehingga jam 12:30 tengah hari ini berjaya merapatkan ukhuwah dan menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan warga dakwah.​​​​​​​


 



image UNDIAN
image PENGUMUMAN