LAWATAN KERJA RASMI JAWATANKUASA HAL EHWAL INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM MAJLIS ISLAM SARAWAK (JHEIPI-MIS) KE JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR.

Posted on 07 May 2026
Source of News: Bahagian Pengukuhan Pendidikan Islam
SHAH ALAM I 7 MEI 2026

Anggota Jawatankuasa Hal Ehwal Institusi Pendidikan Islam Majlis Islam Sarawak (JHEIPI-MIS) dan Jawatankuasa Kecil Teknikal Institusi Pendidikan Islam Persendirian (JKT IPIP) telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Agama Islam Selangor bertujuan untuk mempelajari dan berbincang mengenai pelaksanaan Program Pemutihan Institusi Pendidikan Islam 2.0 yang telah dilaksanakan semenjak 2024. Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Professor Emeritus Datuk Ts. Haji Kadim bin Haji Suaidi, Timbalan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak merangkap Pengerusi JHEIPI-MIS. 



Antara perkara yang dikongsikan adalah mengenai prosedur pemutihan pusat tahfiz, penyelesaian terhadap isu melibatkan tanah, kelulusan bangunan, kurikulum dan sinergi pelbagai pihak termasuk peranan yang dimainkan oleh Persatuan  Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor dalam mendokong hasrat menjayakan pelan pemutihan ini.



Lawatan ini turut disertai oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) selaku Timbalan Pengerusi JHEIPI-MIS,  Timbalan Pengarah JAIS selaku Pengerusi JKT IPIP dan wakil-wakil agensi daripada Jabatan Tanah & Survei Sarawak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak, Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak dan Tabung Baitulmal Sarawak.



image UNDIAN
image PENGUMUMAN