LAWATAN PENANDAARASAN JAWATANKUASA HAL EHWAL INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM MAJLIS ISLAM SARAWAK (JHEIPI-MIS) KE KOLEJ HAFIZ KLANG, SELANGOR.

Disiarkan pada 07 May 2026
Sumber Berita: Bahagian Pengukuhan Pendidikan Islam
SHAH ALAM I 7 MEI 2026

Anggota Jawatankuasa Hal Ehwal Institusi Pendidikan Islam Majlis Islam Sarawak (JHEIPI-MIS) dan Jawatankuasa Kecil Teknikal Institusi Pendidikan Islam Persendirian (JKT IPIP) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Kolej Hafiz Klang, Selangor bertujuan untuk meninjau dan meneliti kaedah pengurusan dan pentadbiran IPIP di kolej tersebut yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan seperti Malaysia Quality Agency (MQA).



Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Professor Emeritus Datuk Ts. Haji Mohamad Kadim bin Haji Suaidi, Timbalan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak merangkap Pengerusi JHEIPI-MIS. 



Sepanjang lawatan ini, pihak delegasi telah melawat fasiliti premis seperti bilik kelas, makmal sains, gimnasium, galeri dan banyak lagi. Selain itu, Pengarah Kolej Hafiz Klang, iaitu YBhg. Dr. Haji Muhammad Hafiz bin Haji Muhamad Haneefa telah memberikan taklimat berkenaan hala tuju pendidikan tahfiz serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau dalam mengurus Pusat Pendidikan Hafiz sehingga berkembang daripada peringkat tadika sehingga diploma.


  
Lawatan ini turut disertai oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) selaku Timbalan Pengerusi JHEIPI-MIS,  Timbalan Pengarah Dasar JAIS selaku Pengerusi JKT IPIP dan wakil-wakil agensi daripada Jabatan Tanah & Survei Sarawak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak, Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak dan Tabung Baitulmal Sarawak.


image UNDIAN
image PENGUMUMAN