Bahagian Pengukuhan Pendidikan Islam

 

Bahagian Pengukuhan Pendidikan Islam


Pengenalan Bahagian PPI

Bahagian PPI sebelum ini lebih dikenali sebagai Bahagian Pendidikan. Fungsinya adalah

  1. Membantu mempertingkatkan penguasaan Bahasa Arab di sekolah-sekolah Majlis Islam Sarawak
  2. Membantu Jabatan Pelajaran dan Pembangunan Guru dan murid-murid di sekolah Majlis Islam Sarawak
  3. Merancang dan menyalurkan bantuan ke sekolah-sekolah Majlis Islam Sarawak
  4. Merancang dan mengendalikan kelas-kelas pengajian agama untuk orang awam
  5. Mengendalikan pengurusan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)
  6. Merancang dan mengendalikan program untuk mempertingkatkan kemahiran guru-guru KAFA
  7. Mengendalikan pendaftaran dan pemantauan Sekolah Agama rakyat


Objektif Penubuhan

Komited untuk menyediakan prasarana pendidikan yang konduktif, kurikulum yang bersepadu untuk pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan (Agama) dan latihan yang konprehensif untuk guru-guru Sekolah Majlis Islam Sarawak dan kakitangan kerajaan


Piagam Pelanggan

1. Unit Sekolah

  • Mengemukakan perakuan melanjutkan kontrak Guru Agama (Bahasa Arab) DB17 ke Jabatan Ketua Menteri selewat-lewatnya TIGA (3) BULAN sebelum tamat tempoh kontrak perkhidmatan.
  • Mengeluarkan perakuan pendaftaran institusi dan sekolah agama Islam selewat-lewatnya DUA (2) BULAN selepas mesyuarat Jawatankuasa Permohonan Pendaftaran Institusi dan Sekolah Agama Islam (JAPPISAI).

2. Unit Pengendalian Kelas

  • Menjalankan Kelas Agama Dewasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.

3. Unit KAFA

  • Menyerahkan maklumat untuk tujuan pembayaran elaun Guru KAFA ke bank SEBELUM 15hb SETIAP BULAN bagi BORANG C (Laporan Kehadiran Bertugas Guru-Guru KAFA) atau BORANG C (i) (Laporan Kehadiran Bertugas Guru-Guru Pengganti KAFA) yang lengkap diterima SEBELUM ATAU PADA 5hb SETIAPBULAN.

 

Key Performance Indicators (KPI)

1. Unit Sekolah

  • Menganjur Kursus Semakan Kurikulum Bahasa Arab sekurang-kurangnya sekali setahun

2. Unit Pengendalian Kelas

  • Menganjurkan Kelas Agama Dewasa (KAD) sekurang-kurangnya tiga (3) kelas setiap tahun.

3. Unit KAFA

  • Melantik Guru KAFA yang telah diperakui oleh Pengerusi KAFA Sekolah/ Guru Besar PADA atau SEBELUM 10 hb Disember setiap tahun.

 

Tugas-Tugas Utama Bahagian

1. Unit Sekolah

  • Mengurus pendaftaran institusi dan sekolah-sekolah Agama Islam
  • Membuat pemantauan ke atas Sekolah Agama Rakyat
  • Menyelaras pengurusan pentadbiran Sekolah-sekolah Majlis Islam Sarawak sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan [SABK]
  • Membantu mempertingkatkan penguasaan pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia [STAM]
  • Menjadi Urus Setia Pengurusan Pelajar Program Khas Bahasa Arab di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Cawangan Nilam Puri, Kelantan
  • Membantu pengurusan permohonan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti- universiti di Timur Tengah
  • Mengurus pelantikan dan penempatan Guru-guru Bahasa Arab (JAIS)/ MIS

2. Unit Pengendalian Kelas

  • Merancang Kelas Agama Dewasa untuk orang awam
  • Menyediakan modul Kelas Agama Dewasa
  • Membantu mempertingkatkan penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar sekolah-sekolah Majlis Islam Sarawak
  • Membantu mempertingkatkan profesionalisme keguruan dalam kalangan guru-guru Bahasa Arab sekolah-sekolah Majlis Islam Sarawak
  • Mengendali kelas Bahasa Arab untuk guru KAFA dan orang awam
  • Menggubal dan mengendali Penilaian Bahasa Arab Tahun 6 di SK (Agama) Majlis Islam Sarawak

3. Unit KAFA

  • Mengurus pelantikan guru-guru KAFA negeri Sarawak
  • Mengurus pembayaran elaun dan KWSP guru-guru KAFA
  • Merancang dan mengendalikan kursus dan latihan untuk Penyelia KAFA Sarawak
  • Merancang dan mengendalikan kursus dan latihan untuk guru-guru KAFA Sarawak
  • Melaksanakan penyeliaan dan pemantauan Kelas Al-Quran dan Fardhu-Ain (KAFA)
  • Menggurus dan melaksanakan Ujian Kelayakan Guru KAFA
  • Mengurus Pelantikan dan pelanjutan semula Kontrak Penyelia KAFA Seluruh Sarawak


Maklumat Bahagian

Bahagian Pengukuhan Pendidikan Islam

Jabatan Agama Islam Sarawak

Tingkat 12, Bangunan Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,

Jalan P. Ramlee, 93050

Kuching, Sarawak

Tel : 082 507148 / 082 507149

Fax : 082 507137 / 082 507148

 Emel : kgjaisq@sarawak.gov.my

Laman sesawang : https://jais.sarawak.gov.my

 
image Undian
image Pengumuman