picture

Perutusan Pengarah

 

Terlebih dahulu saya memanjat kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T., kerana atas limpah dan kurniaNya kita dapat melangkah ke tahun demi tahun. Semoga permulaan tahun ini akan turut disertai dengan tekad untuk lebih bersemangat dan azam yang semakin kuat untuk kita bersama-sama meningkatkan prestasi perkhidmatan demi kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara yang tercinta ini.

JAIS tidak ketinggalan dalam mengorak langkah untuk terus bergerak dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membudayakan ICT di negara ini. Sesungguhnya, Jabatan sentiasa memberi penekanan dan keutamaan dalam menyahut seruan Kerajaan terhadap kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai cabang ilmu dan sumber teknologi untuk menjana kemajuan semua warga Jabatan. Laman web ini adalah sebahagian daripada usaha jabatan ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Dengan adanya laman web ini, saya berharap ia dapat dijadikan wadah kepada warga JAIS dan pengunjung bagi mendapatkan informasi terkini mengenai aktiviti dan perkembangan JAIS. Bukan sahaja sebagai maklumat tetapi jauh daripada itu sebagai wadah rujukan buat umat Islam dalam permasalahan kehidupan.

Saya amat mengalu-alukan kunjungan ke laman web Jabatan Agama Islam Sarawak dan berharap ianya bukan sahaja dapat menarik perhatian malah turut memberikan faedah yang berguna supaya dapat dimanfaatkan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan efektif. Sebarang cadangan, pandangan, pertanyaan dan maklumat daripada pengunjung adalah amat dialu-alukan.

Selamat melayari laman web JAIS

 

Wasalam.

HAJI KHALIDI BIN HAJI IBRAHIM
Pengarah
Jabatan Agama Islam Sarawak


 

News

Berita Terkini
See All
picture Undian
picture Pengumuman