. 06/06
Sesi Libat Urus Pelantikan Calon-Calon Panel Akidah Siri 2.0 anjuran Bahagian Kemajuan Saudara Kita (BKSK) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Miri telah diadakan pada Khamis, 6 Jun 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Agama Islam Bahagian Miri, Sarawak. Seramai 15 orang calon panel akidah baru dalam kalangan penjawat awam, NGO dan pesara telah terlibat dalam sesi ini. Objektif utama sesi ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal tentang peranan serta fungsi utama panel akidah dan seterusnya memantapkan lagi kredibiliti dan kemahiran para panel yang akan dilantik kelak.
. 25/05
Program Bengkel Kesempurnaan Solat Siri 1/2024 anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu telah diadakan pada Sabtu, 25 Mei 2024 bertempat di Masjid Babussalam, Kampung Jeriah, Sibu. Seramai 27 peserta yang hadir terdiri daripada orang di sekitar Kampung Jeriah, Sibu ke Bengkel tersebut. Antara objektif bengkel tersebut adalah memberikan kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa mendekatkan diri dengan masjid. Di samping itu, diharapkan program dapat memberikan pengetahuan khusus dan am serta kefahaman tentang solat dan hukum-hukumnya berlandaskan Syariat Islam Al-Quran dan As-Sunnah.
. 27/05
Program Transformasi IKHLAS JAIS 2024 Siri 2, _Enhancing Communication_: Apa Kitak Padah Tek? anjuran Unit Pembangunan Sosial, Bahagian Kemajuan Keluarga Islam telah diadakan pada Isnin, 27 Mei 2024 bertempat di Hotel Samudra, Kuching Objektif program ini diadakan adalah: 1. Mendedahkan peserta tentang pengaruh personaliti terhadap komunikasi berkesan. 2. Mendedahkan peserta tentang komunikasi berkesan di tempat kerja. 3. Meningkatkan kemahiran peserta untuk berkomunikasi secara berkesan di tempat kerja. Program ini telah mendapat maklum balas yang sangat positif dan disertai seramai lebih kurang 25 orang peserta. Program ini disampaikan oleh Dr. Edris bin Aden, Timbalan Pengarah Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan UNIMAS Program Transformasi IKHLAS akan dijalankan lagi pada masa akan datang dengan pengisian yang menarik dan bermanfaat
. 08/05
Program Khemah Ibadah anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Kapit telah diadakan pada Rabu, 8 Mei 2024 bertempat di Dewan Serbaguna,Masjid Darul Taqwa, Kampung Melayu Belaga Seramai 46 peserta yang hadir terdiri daripada saudara kita serta penduduk kampung di sekitar Belaga. objektif penganjuran program ini adalah bagi membimbing saudara baru untuk mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam berdasarkan Al-Quran dn As-Sunnah. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Kassim bin Mohidin (Pegawai Agama Islam Bahagian Kapit), Ustaz Mohamad Ikram bin Jamil (Pegawai Hal Ehwal Islam), Ustazah Nur Syahira binti Umar Baki (Pegawai Hal Ehwal Islam), dan Ustaz Shamsudin bin Assim (Pembantu Hal Ehwal Islam)
. 30/05
Kursus Pra Perkahwinan Siri 3/ 2024 anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah telah diadakan pada Rabu dan Khamis, 29 hingga 30 Mei 2024 bertempat di Dewan Persidangan Tingkat 1, Menara Pehin Setiaraja, Mukah. Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi pengetahuan tentang alam berumahtangga dan institusi kekeluargaan kepada bakal suami dan isteri sebelum menempuh alam perkahwinan. Seramai 67 peserta yang menyertai kursus ini terdiri daripada 31 lelaki dan 36 perempuan. Di antara agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan kursus ini terdiri daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah, Tabung Baitulmal Sarawak Bahagian Mukah dan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Bahagian Mukah.
. 30/05
Taklimat Undang-Undang Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah & Ordinan Undang - Undang Keluarga Islam anjuran Pejabat Agama Islam Bahgaian Bintulu telah diadakan pada Khamis, 30 Mei 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Assyakirin, Bahagian Bintulu. Objektif taklimat ini diadakan adalah bagi memperkenalkan berhubung Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah & Ordinan Undang - Undang Keluarga Islam. Taklimat ini dihadiri seramai perserta yang terdiri daripada orang awam, KMKK, Penjawat Awam (kerajaan /swasta) serta Badan NGO di Bintulu.
. 30/05
Seminar Pembangunan Keluarga : "Kesedaran Penyalahgunaan Dadah & _Substance_" anjuran Bahagian Kemajuan Keluarga Islam telah diadakan pada Khamis, 30 Mei 2024 bertempat di Dewan Tertutup RTP, Pantai Tanjung Kembang, Kabong. Antara objektif penganjuran program ini diadakan: 1. Mendedahkan peserta tentang mudarat dan bahaya dadah untuk mencegah penyalahgunaan dadah 2. Mendedahkan peserta tentang aspek kerohanian yang menjadi tunggak pencegahan penyalahgunaan dadah 3. Mendedahkan peserta tentang kepentingan sokongan keluarga dari aspek psikologi untuk membantu proses pemulihan penyalahgunaan dadah Program ini telah mendapat sambutan yang amat baik dan disertai seramai lebih kurang 100 orang peserta. Pengisian ceramah telah disampaikan oleh Inspektor Mohd Musa bin Ali (Ketua Bahagian Ketenteraman Awam, IPD Saratok), Ustaz Mohd. Khairil bin Wasli serta Puan Nur Hamni binti Sazali dari Bahagian Kemajuan Keluarga Islam, JAIS. Pameran disertai sebanyak 4 agensi - Pejabat Kesihatan Bahagian, Agensi Antidadah Kebangsaan, Tabung Haji dan CENTEX turut serta menjayakan program dengan membuka booth sepanjang program. Majlis Penangguhan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Chee bin Kadir, N.40 Kabong.
. 30/05
Program Pasca Perkahwinan Saudara Kita "Sehati Sejiwa" anjuran Bahagian Kemajuan Saudara Kita (BKSK) dengan kerjasama PAIB & USK Sri Aman telah diadakan pada Selasa hingga Khamis, 28 - 30 Mei 2024 bertempat di Hotel Sri Simanggang, Sri Aman Seramai 12 pasangan suami isteri dari kalangan Saudara Kita telah menghadiri ke program tersebut. Objektif dari program pasca perkahwinan ini adalah memberikan panduan, ketrampilan dan pemahaman kepada pasangan yang baru menikah atau yang sudah menikah untuk memperkuat dan meningkatkan hubungan pernikahan mereka.
. 30/05
Taklimat Pelaksanaan Audit Standard Penarafan Bintang Masjid Surau Bahagian Miri Tahun 2024 telah diadakan pada Khamis, 30 Mei 2024 bertempat di Dewan Tusan, Pejabat Agama Islam Bahagian Miri. Sebanyak 18 buah masjid dan surau yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha serta bendahari masjid dan surau telah menghadirkan diri ke taklimat tersebut. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk mempersiapkan pihak yang terlibat alam proses audit dengan informasi yang tepat agar pelaksanaan audit dapat dilaksanakan dengan efisien dan efektif.
. 29/05
Majlis Perasmian Penutupan tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang pada 28 Jun 2024, jam 9 malam bertempat di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Turut hadir bersama Pengarah JAIS dan isteri ialah Sahibus Samahah Mufti Sarawak dan isteri.
. 29/05
Program Kesejahteraan Pekerja: "Wellness is a State Of Being" anjuran Unit kaunseling, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching telah diadakan pada Selasa, 28 Mei 2024 bertempat di Imperial Kuching. Program ini disertai oleh kakitangan Penjawat Awam Negeri Sarawak antaranya dari Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak,Jabatan Mufti Sarawak,Majlis Islam Sarawak,Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuching,Dewan Bandaraya Kuching Utara,Pejabat Daerah Bahagian Kuching,Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching,Samarahan dan Serian. Antara objektif penganjuran program ini diadakan adalah: 1. Memberi pendedahan kepada peserta tentang pengurusan konflik,pengurusan kewangan dan pengurusan interpersonal. 2. Memberi ruang dan peluang kepada kakitangan untuk memahami kepentingan kesejahteraan pekerja. 3. Mempromosikan kepentingan keseimbangan kerja dan kehidupan sebagai penjawat awam
. 28/05
Kursus Pra Perkahwinan Siri 4/2024 anjuran Unit Pembangunan Keluarga Islam, Pejabat Agama Islam Bahagian Miri telah diadakan pada Isnin hingga Selasa, 27-28 Mei 2024 bertempat di Dewan Tudan, Aras 1, Pejabat Agama Islam Bahagian Miri. Seramai 83 orang peserta yang hadir dalam kursus tersebut. Di antara objektif penganjuran kursus ini adalah bertujuan: Melahirkan pasangan suami/isteri yang mempunyai asas pengetahuan agama dalam pembinaan rumahtangga Islam. Membentuk akhlak rumahtangga Islam dalam kehidupan berkeluarga. Memberi pendedahan berhubung tanggungjawab suami/isteri dari segi Syara’. Membekalkan persediaan rohani dan jasmani kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga.
. 28/05
Taklimat Penulisan Buku RPH Guru Kafa Bahagian Sibu telah diadakan pada 20, 21, 23 dan 24 Mei bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu. Seramai 107 orang peserta yang terdiri dari kalangan Guru Kafa yang hadir dalam taklimat tersebut. Taklimat ini disampaikan oleh Ustaz Muhd Riza, Jurulatih Daerah (JD) Penulisan Buku merangkap Guru KAFA Sibu. Taklimat diadakan bertujuan Memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran penulisan buku rancangan pengajaran harian (RPH) guru mengikut format baru yg ditetapkan JAKIM serta melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) sekaligus mencapai objektif yang telah ditetapkan.
. 13/05
Sesi perkongsian ilmu bersama penulis/ penggiat seni khat dan jawi anjuran Bahagian Dakwah, JAIS telah di adakan pada Isnin, 13 Mei 2024 bertempat di Aras 13, Jabatan Agama Islam Sarawak, Bangunan Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah. Objektif program yang melibatkan penulis seni khat dan munsyi Dewan (Jawi) adalah bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan khat dan jawi di samping merangka aktiviti yang berkaitan pengembangan seni khat dan jawi di Sarawak.
. 16/05
Kelas Pengajian Islam Pegawai Masjid Bahagian Kuching Siri 1/2024 telah diadakan pada Khamis,16 Mei 2024 bertempat di Masjid Al-Abyad Matang Jaya Kuching. Kelas Pengajian Islam Pegawai Masjid adalah satu program khas secara berkala yang melibatkan 150 orang Pegawai Masjid Bahagian Kuching (Imam,Bilal & Marbot). Antara objektif Kelas Pengajian Islam ialah untuk memantapkan dan mengukuhkan pengetahuan serta ilmu para peserta dalam menyebarkan syiar Islam dan memantapkan peranan Pegawai Masjid sebagai barisan hadapan Masjid dalam menjawab permasalahan agama di kariah masing-masing.
. 21/05
Kursus, Ujian Bertulus Sembelihan & Ujian Amali Sembelihan anjuran Pejabat Agama Islam Bintulu telah diadakan pada Selasa, 21 Mei 2024 bertempat di Pejabat Agama Islam Bahgaian Bintulu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada para pelajar tentang kaedah penyembelihan ayam yang menepati syarak. Selain itu juga dapat mempelajari kemahiran mengendalikan ayam dan membersihkan bulu serta memotong ayam dengan cara yang betul. Seramai beberapa orang wakil daripada syarikat dan penyembelih dari sekitar bahagian Bintulu hadir untuk mengikuti program tersebut sebagai keperluan pembaharuan Tauliah Sembelihan . Program tersebut dibimbing oleh Ustaz Wan Sulaiman bin Wan Maulana.
. 20/05
Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah telah diadakan pada Isnin, 20 Mei 2024 bertempat di Masjid Setiaraja Mukah. Seramai 62 orang dalam kalangan penjawat awam di Bahagian Mukah telah menyertai kursus ini.Antara tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan keutamaan mendalami ilmu agama (fardhu kifayah) dan meningkatkan keyakinan diri dalam mengendalikan hal-hal berkaitan pengurusan jenazah. Di antara pengisian kursus adalah penerangan teori berkaitan pengurusan jenazah serta sesi praktikal memandi, mengkafan dan solat jenazah yang dikendalikan oleh Ustazah Sharifah Mariah Binti Wan Zain dan Ustaz Jammie Andrew.
. 18/05
Kursus Intensif Saudara Kita & Kursus Lanjutan Saudara Kita Siri 3/2024 anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Bintulu dan USK Cawangan Kidurong telah diadakan pada Sabtu hingga Ahad, 18 - 19 Mei 2024 bertempat di Bilik Seminar, Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu. Kursus Siri 3/2024 telah dihadiri oleh seramai 20 orang Saudara Kita yang telah mendaftar pengislaman pada bulan Januari hingga April 2024. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas mengenai Islam seperti wuduk, solat, rukun Iman dan rukun Islam kepada pemeluk Islam.
. 15/05
Bengkel Pemurnian Terjemahan Hadith 40 Ke Dalam Bahasa Etnik Tempatan (Bahasa Melanau Mukah) telah diadakan pada Rabu hingga Jumaat, 15 hingga 17 Mei 2024 bertempat di Hotel Kingwood, Mukah. Unit Perancangan & Pembangunan, Bahagian Perancangan & Penyelidikan, JAIS telah mengadakan sesi sambungan bagi bengkel terjemahan buku Hadith 40 Terjemah & Syarahannya karangan Almarhum Ustaz Mustafa Abdul Rahman ke dalam Bahasa Melanau Mukah. 4 orang ahli panel penterjemah Bahasa Melanau Mukah yang dilantik oleh Majlis Islam Sarawak yang terlibat kali ini, telah berjaya menyelesai peringkat tashih 15 daripada 42 hadith yang telah diterjemah pada bengkel lepas
. 13/05
Taklimat Kesedaran Halal anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Abrar Kampung Datu, Sibu telah diadakan pada Isnin, 13 Mei 2024 bertempat di Surau Darul Abrar, Kampong Datu, Sibu Seramai 35 orang ahli kariah yang menghadiri taklimat tersebut.Program ini adalah satu inisiatif Unit Halal, Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu bertujuan untuk memberikan pemahaman, kesedaran serta perkembangan semasa berkaitan halal dan pensijilan halal Malaysia dalam kalangan masyarakat. Selain itu juga ia merupakan salah satu usaha meningkatkan kesedaran halalan toyyiban dalam kalangan masyarakat.
. 06/02
Pra Bengkel Terjemahan Hadis 40 bagi Bahasa Etnik Iban & Padawan Tarikh : 6-7 Februari 2024 Tempat : Bilik Mesyuarat, Arast 13 JAIS Penganjur : Bahagian Perancangan & Penyelidikan, JAIS
. 25/01
24 hingga 25 Januari 2024 (Rabu dan Khamis), Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah telah mengadakan Kursus Pra Perkahwinan Siri 1/ 2024 bertempat di Dewan Majlis, Tingkat 3, Kompleks Pusat Pentadbiran Baru, Mukah. Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang alam berumahtangga dan institusi kekeluargaan kepada bakal suami dan bakal isteri sebelum menempuhi alam perkahwinan. Seramai 46 Peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada 24 Lelaki dan 22 Perempuan. Agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan kursus ini terdiri daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah, Tabung Baitulmal Sarawak Bahagian Mukah dan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Bahagian Mukah. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di atas komitmen yang telah diberikan sepanjang kursus diadakan.
. 24/01
Pada 17 Januari 2024 (Rabu), Bahagian Perancangan & Penyelidikan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Sarikei telah mengadakan Seminar Pemantapan Akidah peringkat Mukim Sarikei di Bahagian Sarikei bagi Tahun 2024 bertempat di Masjid Ar-Rahmah, Kampung Baru Seberang, Sarikei yang telah disertai oleh Urus Setia Saudara Kita, Guru KAFA, Klien Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kariah Masjid di sekitar Mukim. Program seminar ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta dan ia merupakan julung kalinya dilaksanakan di Sarikei menjadikan seminar ini sebagai aktiviti pembukaan bagi tahun 2024. Antara objektif penganjuran seminar ini adalah seperti berikut : (1) Memantapkan Akidah Masyarakat Awam (2) Membicarakan Isu Akidah Semasa (3) Menerangkan Ilmu Akidah kepada Masyarakat Awam Seminar ini telah dirasmikan oleh Ustaz Syed Harold Salleh bin Wan Mohamad yang merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam di Bahagian Sarikei. Harapan agar seminar ini dapat menerangkan kepada masyarakat tentang pentingnya mengetahui mengenai pegangan dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan ajaran² menyeleweng yang ada dalam masyarakat kita pada masa kini.
. 19/03
BINTULU: Qari dan qariah mewakili bandar Kuching, Hadi Mohd Sharkawi dan Nur Syakura Mohamad Musa dinobat sebagai johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Kali ke-62 1444M/2023H, di Dewan Suarah Bintulu, malam tadi. Dengan keputusan itu, mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan, hadiah iringan, sijil dan pakej menunaikan umrah. Johan qari dan qariah ini juga akan mewakili Sarawak ke peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada Jun depan di Pulau Pinang. Bagi naib johan qari, ia dimenangi Muhammad Hafiez Shafie (Samarahan) dan tempat ketiga Ahmad Mukhlis Yahya (Sarikei). Roziah Ayub (Mukah) muncul naib johan qariah dan Farraliza Mohamad Musa (Miri) di tempat ketiga. Naib johan kedua-dua kategori menerima wang tunai RM7,000 beserta piala dan hadiah iringan dan sijil manakala hadiah tempat ketiga pula membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000, piala dan hadiah iringan serta sijil. Pemenang saguhati pula menerima RM1,500, hadiah iringan dan sijil. Sementara itu, hafiz dari Institusi Tahfiz Bintulu, Muhammad Najdat Arsyad Madzalan Abdul Rahman diumumkan Johan Hafazan bagi kategori 1 hingga 10 juzuk, manakala hafizah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA) Putra Jaya Samarahan, Siti Asma Adenan dinobatkan sebagai johan. Bagi kategori 1 hingga 20 juzuk, hafiz dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Othman Abd Wahab (SHOAW), Mohamad Khairunnaim Khalid meraih johan manakala hafizah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Nurul Izzah Mukhali muncul johan. Seramai 37 peserta telah memperdengarkan bacaan masing-masing pada majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Kali Ke- 62 1444H/2023M yang akan berlangsung dari 15 hingga 18 Mac ini di Dewan Suarah, di sini. Sumber: Suara Sarawak
. 07/03
Misnu pada sidang media Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu hari ini. BINTULU: Seramai 37 peserta dari seluruh negeri akan mengambil bahagian pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Sarawak yang akan diadakan di Bintulu dari 15 hingga 18 Mac ini, kata Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MAIS) Datuk Misnu Taha. Menurutnya, acara empat hari di Dewan Suarah Bintulu itu akan menyaksikan seramai 11 qari dan lapan qariah menyertai majlis tilawah. “Manakala lapan lelaki dan 10 wanita menyertai hafazan al-Quran,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Sidang Akhbar Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak Kali Ke-42 144H/2023M di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu di Pejabat Residen Bahagian Bintulu, hari ini. Misnu berkata, acara itu yang merupakan anjuran bersama MAIS, Jabatan Agama Islam dan Pejabat Residen Bintulu sebelum menyambut Ramadan. Beliau berkata, tema sambutan tahun ini adalah signifikan dengan sambutan 60 tahun Sarawak merdeka yang mana tema sambutan peringkat kebangsaan ialah Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran, manakala Sarawakku Maju Makmur bagi Sarawak. Jelasnya, antara kriteria pemilihan peserta yang mengambil bahagian ialah berdasarkan pemilihan yang terbaik antara yang terbaik. “Maksudnya di sini ialah hanya peserta terbaik akan diambil dan sekiranya tiada yang memenuhi kriteria ditetapkan, maka tidak akan ada peserta yang akan diambil dari sesebuah daerah atau bahagian,” tegas beliau. Justeru katanya, tiada peserta dari Kapit dan Serian yang menyertai pertandingan pada tahun ini kerana dasar pemilihan amat ketat dan harus mengikuti ketetapan hakim. Beliau menambah, antara pengisian program ialah ceramah khas yang akan diadakan di setiap surau atau masjid berdekatan termasuk di Tatau, Sebauh dan Kidurong. “Pada 14 Mac pula akan diadakan Forum Bual Bicara yang bertajuk Membangun Generasi Al-Quran bertempat di Auditorium BDA,” jelas beliau. Orang ramai khususnya umat Islam digalakkan menghadiri ceramah agama yang diadakan selain menghadiri Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran. Turut hadir ialah Pengarah JAKIM Ustaz Hamdan Jaraee, wakil Residen Bahagian Bintulu Nur Fadzilah Narudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Ustaz Khalidi Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penerangan Islam Dr Asmah@Rajemah Othman dan Jurutera Jabatan Kerja Raya Bintulu Fatiaelzera Mohd Idres. Sumber: Utusan Borneo Online
. 25/02
Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Tuan Haji Khalidi bin Haji Ibrahim hari ini menghadiri dan mengetuai Program Kayuhan Harmoni Mesra Ummah (KHMU) siri ke 14 sempena Sambutan Jubli Mutiara bertempat di Masjid Darul Sahadah, Kampung Sebat Baru, Sematan. Program KHMU anjuran unit Komunikasi Korporat, JAIS telah bermula seawal hari Jumaat, 24 Februari 2023 dengan aktiviti ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Yakub bin Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Kuching bertempat di Masjid Nurul Naim, Kampung Telok Melano, Sematan dan ceramah agama turut juga diadakan di Masjid Darul Shahadah, Kampung Sebat Baru, Sematan yang disampaikan oleh Ustaz Dzulhadzri bin Japar Shedik, Pegawai Agama Islam Bahagian Bintulu. Seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan JAIS dan JAKIM Sarawak telah hadir dalam Program Kayuhan Harmoni Mesra Ummah ini. Pengarah JAKIM Sarawak, Ustaz Hamdan bin Jar’ee turut bersama-sama hadir dalam program ini. Acara Program KHMU ini dimulakan dengan penyampaian Sumbangan Khas Masjid sebanyak RM 4,000.00 dan sumbangan kepada 8 penerima yang terdiri daripada warga emas dan penduduk miskin yang tinggal di sekitar Kampung Sebat Baru. Seterusnya acara kayuhan bermula sepanjang 33 kilometer dari Kampung Sebat Baru ke Kampung Telok Melano, Sematan. Secara intihanya, Program KHMU Jubli Mutiara JAIS tersebut berjaya dilaksanakan dengan jitu dan lancar. Program ini juga bertujuan mempromosikan nilai Islam dan perpaduan serta keharmonian antara Jabatan Agama Islam Sarawak dengan penduduk kampung serta pihak pengurusan masjid. Ini juga merupakan benchmark kepada Dakwah Islamiah dan juga pemulaan kepada program yang berbentuk sihat dan cedas sekaligus dapat memberi manfaat dan perkhidmatan yang terbaik kepada umat Islam terutamanya masyarakat Islam di Sarawak.