. 06/02
Pra Bengkel Terjemahan Hadis 40 bagi Bahasa Etnik Iban & Padawan Tarikh : 6-7 Februari 2024 Tempat : Bilik Mesyuarat, Arast 13 JAIS Penganjur : Bahagian Perancangan & Penyelidikan, JAIS
. 25/01
24 hingga 25 Januari 2024 (Rabu dan Khamis), Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah telah mengadakan Kursus Pra Perkahwinan Siri 1/ 2024 bertempat di Dewan Majlis, Tingkat 3, Kompleks Pusat Pentadbiran Baru, Mukah. Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang alam berumahtangga dan institusi kekeluargaan kepada bakal suami dan bakal isteri sebelum menempuhi alam perkahwinan. Seramai 46 Peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada 24 Lelaki dan 22 Perempuan. Agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan kursus ini terdiri daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah, Tabung Baitulmal Sarawak Bahagian Mukah dan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Bahagian Mukah. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di atas komitmen yang telah diberikan sepanjang kursus diadakan.
. 24/01
Pada 17 Januari 2024 (Rabu), Bahagian Perancangan & Penyelidikan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Sarikei telah mengadakan Seminar Pemantapan Akidah peringkat Mukim Sarikei di Bahagian Sarikei bagi Tahun 2024 bertempat di Masjid Ar-Rahmah, Kampung Baru Seberang, Sarikei yang telah disertai oleh Urus Setia Saudara Kita, Guru KAFA, Klien Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kariah Masjid di sekitar Mukim. Program seminar ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta dan ia merupakan julung kalinya dilaksanakan di Sarikei menjadikan seminar ini sebagai aktiviti pembukaan bagi tahun 2024. Antara objektif penganjuran seminar ini adalah seperti berikut : (1) Memantapkan Akidah Masyarakat Awam (2) Membicarakan Isu Akidah Semasa (3) Menerangkan Ilmu Akidah kepada Masyarakat Awam Seminar ini telah dirasmikan oleh Ustaz Syed Harold Salleh bin Wan Mohamad yang merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam di Bahagian Sarikei. Harapan agar seminar ini dapat menerangkan kepada masyarakat tentang pentingnya mengetahui mengenai pegangan dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan ajaran² menyeleweng yang ada dalam masyarakat kita pada masa kini.
. 25/11
“Program Dari Mana Hendak Ke Mana Ke Mana?” anjuran Bahagian Pembangunan Psikologi & Kaunseling Syarie dengan kerjasana HR Capital, Selangor telah diadakan pada Sabtu, 25 November 2023 bertempat di The Waterfront Hotel, Kuching. Seramai 25 orang peserta yang hadir terdiri daripada Kakitangan Awam, Kaunselor, Badan Bukan Kerajaan serta Perseorangan yang merupakan individu yang kerap menjadi rujukan masyarakat, rakan-rakan dan komuniti setempat. Program ini adalah salah satu inisiatif pembangunan psikologi yang memberi kemahiran bagi menyelesaikan masalah kepada kumpulan sasaran yang disampaikan oleh Puan Normaliza Mahadi, Kaunselor Berdaftar dari HR Capital merupakan pakar dalam Solution Focused Approach. Terima kasih diucapkan kepada smua pihak yang terlibat di atas komitmen yang diberikan terutamanya pihak urus setia yang bertungkus-lumus dalam menjaya program ini.
. 22/11
Bengkel Tamrin Qiyadi Saudara Kita Bahagian Mukah anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah dengan kerjasama JAKIM Cawangan Sarawak dan Urusetia Saudara Kita Bahagian Mukah telah diadakan pada Rabu, 22 November 2023 bertempat di Tingkat 3, Dewan Majlis,Kompleks Pusat Pentadbiran Baru, Mukah. Seramai 38 orang yang menyertai program ini, mereka terdiri dari USK Bahagian Mukah,USK Daerah Balingian, USK Daerah Igan dan USK Daerah Matu Daro. Program diadakan untuk memberi penerangan tentang kepimpinan . Selain itu, peserta juga didedahkan dengan kemahiran bercakap di dalam aktiviti Latihan Dalam Kumpulan, di mana setiap kumpulan diarahkan untuk menjawab 2 soalan yang di sediakan oleh fasilatator dan setiap kumpulan akan membentang hasil perbincangan dan menjawab persoalan dari kumpulan-kumpulan yang lain. Daripada aktiviti ini dapat dilihat sejauh mana ketua kumpulan memainkan peranan terhadap ahli kumpulannya. Program ini juga dapat mengeratkan lagi ukhuwwah di antara saudara kita yang baru dan yang lama. Program sebegini dapat diteruskan lagi bagi melahirkan generasi saudara kita yang mampu menjadi pemimpin dan berani untuk bersuara.
. 16/11
Program Sentuhan Hati Luahan Rasa (SUARASA) telah dilaksanakan pada Khamis, 16 November 2023 bertempat di Masjid Darussalam, Kampung Baru Bintulu. Seramai 23 orang peserta di kalangan ahli masjid dan komuniti Kampung Baru Bintulu telah menghadirkan diri ke program tersebut. Program di bawah Unit Pembangunan Psikologi dan Kaunseling Syarie / Khidmat Nasihat dan Runding Cara Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu ini adalah inisiatif untuk bersemuka dengan masyarakat dan berkongsi dengan para peserta mengenai pasca perkahwinan dan cara mengekalkan keharmonian antara suami dan isteri. Sesi khidmat nasihat dan runding cara secara kelompok turut dijalakan bagi mendengar dan membantu para peserta dalam isu-isu rumah tangga yang sedang dihadapi. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.
. 09/11
Program "Perundangan Islam Asas Kesejahteraan Ummah" Bahagian Pendakwaan Syariah Jabatan Agama Islam Sarawak, Tahun 2023 [Di Bawah Pelan Pelaksanaan Tindakan Majlis Islam Sarawak Di Bawah Strategi] Tahun 2023 telah diadakan pada Khamis, 9 November 2023 bertempat di Masjid Solahuddin Al-Ayubi, Kem Penrissen, Kuching. Ceramah tersebut disampaikan oleh Yang Arif Tuan Mahiden bin Haji Sah, Hakim Mahkamah Tinggi Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dan Puan Anisah binti Amit, Pegawai Syariah Kanan, Bahagian Pendakwaan Syariah, JAIS dengan dihadiri seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada Penjawat Awam Bahagian Kuching (Pegawai Tentera Kem Penrissen). Program ini dilaksanakan bertujuan memperkasakan perundangan syariah agar aspek kehakiman, pendakwaan dan penguatkuasaaan syariah diyakini oleh masyarakat. Selain itu, Pemerkasaan Perundangan Syariah di Negeri Sarawak perlu direalisasikan dengan pelbagai inisiatif menerusi pelaksanaan program dan aktiviti yang dirancang secara berterusan. Bengkel Memperkasakan Pendakwaan Syariah dilaksanakan bagi merealisasikan Perjabatanan Pendakwaan Syariah di Negeri Sarawak. Doktrin pengasingan kuasa terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman yang mana Jabatan Agama Islam Sarawak di bawah kuasa-kuasa Eksekutif sedangkan Pendakwaan Syariah sepatutnya berada di bawah kuasa-kuasa Kehakiman. Oleh itu, menaiktaraf institusi pendakwaan syariah perlu dilaksanakan agar fungsinya dapat direalisasikan. Program peningkatan kefahaman masyarakat terhadap perundangan syariah perlu dipertingkatkan agar kesedaran terhadap undang-undang Islam dapat disebarluaskan sebagai program berterusan jangka panjang. Tambahan pula, kredibiliti pegawai syariah perlu berada di tahap yang mampu menepis ruang dan peluang kelemahan semasa mengendalikan tugas. Transformasi dan inovasi yang berimpak tinggi secara berterusan akan memberikan keyakinan kepada masyarakat seterusnya mengiktiraf institusi perundangan syariah
. 14/11
Program Ziarah Saudara Kita anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu dengan kerjasama USK Daerah Tatau telah diadakan pada Selasa, 14 November 2023 bertempat di Daerah Tatau, Bintulu. Ziarah ini melibatkan 10 orang penerima dalam kalangan Saudara Kita di sekitar Daerah Tatau. Penerima menerima barangan makanan asas seperti beras, susu, gula dan roti. Ziarah ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima-penerima tersebut disamping mengeratkan hubungan serta berkenal-kenalan dengan pihak agensi agama khususnya Jabatan Agama Islam Sarawak dan NGO sekitar Bahagian Bintulu. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di atas komitmen yang telah diberikan terutama pihak urusetia yang menjayakan program tersebut.
. 05/11
Kursus Intensif & Lanjutan Saudara Kita Bahagian Bintulu anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) telah diadakan pada 4 hinga 5 November 2023 bertempat di Masjid Assyakirin, Bahagian Bintulu. Kursus Intensif dan Lanjutan Saudara Kita melibatkan seramai 50 orang saudara baru bagi memberi pemahaman asas tentang Islam kepada saudara baru disekitar Bahagian Bintulu. Kursus ini telah diadakan selama 2 hari dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datu Haji Mohidin Bin Ishak Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB), merangkap Pengerusi Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di atas komitmen yang telah diberikan.
. 19/03
BINTULU: Qari dan qariah mewakili bandar Kuching, Hadi Mohd Sharkawi dan Nur Syakura Mohamad Musa dinobat sebagai johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Kali ke-62 1444M/2023H, di Dewan Suarah Bintulu, malam tadi. Dengan keputusan itu, mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan, hadiah iringan, sijil dan pakej menunaikan umrah. Johan qari dan qariah ini juga akan mewakili Sarawak ke peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada Jun depan di Pulau Pinang. Bagi naib johan qari, ia dimenangi Muhammad Hafiez Shafie (Samarahan) dan tempat ketiga Ahmad Mukhlis Yahya (Sarikei). Roziah Ayub (Mukah) muncul naib johan qariah dan Farraliza Mohamad Musa (Miri) di tempat ketiga. Naib johan kedua-dua kategori menerima wang tunai RM7,000 beserta piala dan hadiah iringan dan sijil manakala hadiah tempat ketiga pula membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000, piala dan hadiah iringan serta sijil. Pemenang saguhati pula menerima RM1,500, hadiah iringan dan sijil. Sementara itu, hafiz dari Institusi Tahfiz Bintulu, Muhammad Najdat Arsyad Madzalan Abdul Rahman diumumkan Johan Hafazan bagi kategori 1 hingga 10 juzuk, manakala hafizah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA) Putra Jaya Samarahan, Siti Asma Adenan dinobatkan sebagai johan. Bagi kategori 1 hingga 20 juzuk, hafiz dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Othman Abd Wahab (SHOAW), Mohamad Khairunnaim Khalid meraih johan manakala hafizah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Nurul Izzah Mukhali muncul johan. Seramai 37 peserta telah memperdengarkan bacaan masing-masing pada majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Kali Ke- 62 1444H/2023M yang akan berlangsung dari 15 hingga 18 Mac ini di Dewan Suarah, di sini. Sumber: Suara Sarawak
. 07/03
Misnu pada sidang media Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu hari ini. BINTULU: Seramai 37 peserta dari seluruh negeri akan mengambil bahagian pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Sarawak yang akan diadakan di Bintulu dari 15 hingga 18 Mac ini, kata Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MAIS) Datuk Misnu Taha. Menurutnya, acara empat hari di Dewan Suarah Bintulu itu akan menyaksikan seramai 11 qari dan lapan qariah menyertai majlis tilawah. “Manakala lapan lelaki dan 10 wanita menyertai hafazan al-Quran,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Sidang Akhbar Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak Kali Ke-42 144H/2023M di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu di Pejabat Residen Bahagian Bintulu, hari ini. Misnu berkata, acara itu yang merupakan anjuran bersama MAIS, Jabatan Agama Islam dan Pejabat Residen Bintulu sebelum menyambut Ramadan. Beliau berkata, tema sambutan tahun ini adalah signifikan dengan sambutan 60 tahun Sarawak merdeka yang mana tema sambutan peringkat kebangsaan ialah Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran, manakala Sarawakku Maju Makmur bagi Sarawak. Jelasnya, antara kriteria pemilihan peserta yang mengambil bahagian ialah berdasarkan pemilihan yang terbaik antara yang terbaik. “Maksudnya di sini ialah hanya peserta terbaik akan diambil dan sekiranya tiada yang memenuhi kriteria ditetapkan, maka tidak akan ada peserta yang akan diambil dari sesebuah daerah atau bahagian,” tegas beliau. Justeru katanya, tiada peserta dari Kapit dan Serian yang menyertai pertandingan pada tahun ini kerana dasar pemilihan amat ketat dan harus mengikuti ketetapan hakim. Beliau menambah, antara pengisian program ialah ceramah khas yang akan diadakan di setiap surau atau masjid berdekatan termasuk di Tatau, Sebauh dan Kidurong. “Pada 14 Mac pula akan diadakan Forum Bual Bicara yang bertajuk Membangun Generasi Al-Quran bertempat di Auditorium BDA,” jelas beliau. Orang ramai khususnya umat Islam digalakkan menghadiri ceramah agama yang diadakan selain menghadiri Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran. Turut hadir ialah Pengarah JAKIM Ustaz Hamdan Jaraee, wakil Residen Bahagian Bintulu Nur Fadzilah Narudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Ustaz Khalidi Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penerangan Islam Dr Asmah@Rajemah Othman dan Jurutera Jabatan Kerja Raya Bintulu Fatiaelzera Mohd Idres. Sumber: Utusan Borneo Online
. 25/02
Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Tuan Haji Khalidi bin Haji Ibrahim hari ini menghadiri dan mengetuai Program Kayuhan Harmoni Mesra Ummah (KHMU) siri ke 14 sempena Sambutan Jubli Mutiara bertempat di Masjid Darul Sahadah, Kampung Sebat Baru, Sematan. Program KHMU anjuran unit Komunikasi Korporat, JAIS telah bermula seawal hari Jumaat, 24 Februari 2023 dengan aktiviti ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Yakub bin Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Kuching bertempat di Masjid Nurul Naim, Kampung Telok Melano, Sematan dan ceramah agama turut juga diadakan di Masjid Darul Shahadah, Kampung Sebat Baru, Sematan yang disampaikan oleh Ustaz Dzulhadzri bin Japar Shedik, Pegawai Agama Islam Bahagian Bintulu. Seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan JAIS dan JAKIM Sarawak telah hadir dalam Program Kayuhan Harmoni Mesra Ummah ini. Pengarah JAKIM Sarawak, Ustaz Hamdan bin Jar’ee turut bersama-sama hadir dalam program ini. Acara Program KHMU ini dimulakan dengan penyampaian Sumbangan Khas Masjid sebanyak RM 4,000.00 dan sumbangan kepada 8 penerima yang terdiri daripada warga emas dan penduduk miskin yang tinggal di sekitar Kampung Sebat Baru. Seterusnya acara kayuhan bermula sepanjang 33 kilometer dari Kampung Sebat Baru ke Kampung Telok Melano, Sematan. Secara intihanya, Program KHMU Jubli Mutiara JAIS tersebut berjaya dilaksanakan dengan jitu dan lancar. Program ini juga bertujuan mempromosikan nilai Islam dan perpaduan serta keharmonian antara Jabatan Agama Islam Sarawak dengan penduduk kampung serta pihak pengurusan masjid. Ini juga merupakan benchmark kepada Dakwah Islamiah dan juga pemulaan kepada program yang berbentuk sihat dan cedas sekaligus dapat memberi manfaat dan perkhidmatan yang terbaik kepada umat Islam terutamanya masyarakat Islam di Sarawak.